Friday, July 25, 2014

EXPRESS 2014





Salam A'laik...

Ni nak citer last kot Program Tarbiyah dengan Foundation Batch 8. Diorang kena dera buat program tajmi' untuk junior diorang iaitu May intake batch 9.

Program ni actually ambik ilham dari masa-masa UTM dulu. Tapi untuk menjayakannya bukan mudah. dipimpin oleh Syazwan basil sebagai pengarah berkaliber dan sahabat -sahabat yang lain. Tu pun sekejap jer kitorang planning.dalam 2 minggu lebih.Dengan keadaan tak pasti penajaan dan lain2.Alhamdulillah, akhirnya melebihi ape yang diperlukan

Explorace yang ni memang menguji sebab peserta perlu naik bas. Dari Putrajaya Sentral ke Alamanda , kemudian ke Masjid Putra dan berakhir di Masjid Besi.

Setiap cek point mempunyai Task yang bertemakan jati diri sebagai remaja dan Muslim. Juga ade cekpoint yang ala street Dakwah. Pserta juga turut membantu penajaan Yeu Vietnam dengan menyebarkan pamplet dan menjual button badge Yeu Vietnam :-)

Pengalaman best dapat main game ala2 bola beracun tapi namanya Dodge Ball. Jadi protector kepada Queen dan akhirnya group kami lawan peserta menang. Mana tak menangnya, supporter situ semuanya sokong aku..haha

Alhamdulillah, segala postmotem dan lain2 lancar dan siap ade makan 2 lagi.haha
Moga mencapai objektif kami untuk tunjukkan kepada pelajar baru CUCMS style  student cni, pegenalan kepada Tarbiyah disini



Last but not least, I'm a Happy Lecturer :-) Lurve Batch 8..hehe


Sunday, May 25, 2014

Catatan untuk Batch 8 Foundation

Catatan pendidik

Tamat sudah bersama batch 8. Banyak yang terjadi dan banyak yg boleh dipelajari. Sebagai pendidik, bukan sahaja menyampaikan ilmu di dalam kelas dan kertas peperiksaan menjadi ukuran, namun keterikan hati dengan anak didik dalam membentuk peribadi muslim, itu paling susah. Namun, ianya tidak mustahil.

Jujurnya, adakala aku sedih apabila Fizik itu menjadi subjek yang mereka akan drop untuk ke Fakulti. Namun, pada pandangan yang lebih 'jernih dan cerah', aku gembira jika mereka berjaya dalam hidup.

Kenangan MTP (Meet The Pioneer), MTT (Meet The Talam) dan EXPRESS (Explorasi Remaja Superb) bersama pastinya menjadi memori-memori indah yang bakal dikenang.

Bersama mereka di kala suasana akademik, suasana santai dan suasana tarbiyah...itu memberi satu cabaran.
Pada suatu masa mereka memandang tinggi kepada kita. sedangkan kita juga adalah insan yang masih naik dan jatuh dalam hidup. Apapun, moga mereka dapat belajar perkara2 penting dari pensyarah mereka ini untuk digunakan dalam hidup yang akan dapat digunakan kelak pada masa akan datang.

All the best kalian..lurve u batch 8 :-)

Thursday, March 6, 2014

Senyuman, perkongsiaan dan kebahagiaan...

Assalamua'laikum...

nampaknye post terakhir dari blog ni adalah pada November 2013. Dan sesawang-sesawang lama dah dibuang.tinggal skit je. Tak penting siapa yg baca blog nie,tapi yang penting kewujudannya terus wujud, at least untuk si penulis melihat sendiri pengalaman dan kenangan sendiri di suatu masa nanti.



Ape ye cerita kali ni..Tentang gambar di atas..Suatu petang, kami ke cyberpark..kami ramai-ramai..Saya dan anak2 murid sekalian.Usrah gabungan kami. Kombinasi 3 kumpulan. Disitu adenya sedikit sharing.

Selepas baca Mathurat, kami berkongsi cerita hati..'mengapa saya perlukan Tarbiyah"??
Satu point yang pasti aku suka ulang, pada kebanyakan masa halaqah. Sekiranya belajar kita , kerja kita, membuatkan kita jauh dari Allah, lalai dan leka, maka ia Menjadi satu bentuk jahiliyyah yang harus ditinggalkan.

Tak sangka tetiba tu nak menangis pulak, bila ceritakan kepada diorang, pada suatu masa,saya bercerita kepada diorang 2,3 minggu yang lalu, saya sangat2 penat, sampai saya rasa nak menangis . Sampai saya asyk tertidur terus lepas magrib.Pernah terlepas usrah, sampai saya rasa..Betul ke ni ape yang saya buat ni.kerja penat-penat, lepas tu mutabaah amal tak jaga langsung.

Tapi disamping tu, bersyukur sangat-sangat kerana dah lepas dah semua tu. Dalam masa yang sama, untuk Batch 8 ni Allah bagi ilham wujudkan  slot-slot baru dalam kelas.Semester lepas KULIM- Kuliah 5 minit dan sem ni lebih lama, KULTUM - Kuliah 7 minit. Satu sessi sharing sebelum kelas yang setiap murid diberi peluang untuk cerita ape2 je diorang nak cerita. Yang pasti, motif utama adalah untuk saling mengingatkan disamping memberi satu impak semangat sebelum mula belajar Fizik.

Memang Osem benda tu kalau pelajar-pelajar anda ambil benda itu serius ., bersedia awal dan betul2 nak sampaikan sesuatu yang membuka mata hari kawan-kawan dia. Karakter -karakter yang selama ni tak nampak, iA akan nampak la jugak.


Sebagai penutup, Kitorng gembira berusrah gabungan, berselfie dan berukhuwah. Keluar dari ruangan pembelajaran dalam kelas ke luar kelas yang lebih rasa terbuka, lapang dan dekat di hati :-)








































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Friday, October 11, 2013

Batch 8 May

Salam..

Terlalu banyak benda nak citer..mari kita mulakan

Batch 8..cepat betul masa berlalu.masuk CUCMS dlu  dgn batch 5, tup tup sekarang dah batch 8.
Actually, kerana ketakrehatan dari batch 7 tu, Firstly, harap sangat intake May kali ni tk ramai, jadinya dapatlah kami team teaching dengan lapang dan bahagianya..hoyyeah !!!

Malangnya, lebih dari 30 orang dan demand untuk bukak 2 kelas pun terjadi. So, mengikut sistem terkini, tiada lagi team teaching. Cabaran kot, tambah lagi bila de 2 orang je lecturer. Nak taknak ade je orang nak compare (really don't like this).

So, aku amik student 8B, 15 orang je...ke 17 ntah..tapi bahagiala sebab sikit orang, paper tak yah tanda banyak. Tapi short sem, setiap hari ade kelas.Kepenatan yang tk dapat disangkal lagi.


Cara aku yang dlu stil jugak apply. Bagi aku, kita kena bagi ruang keselesaan dan santai dalam kelas kita supaya environment tu jadi best.Give and take berjalan lancar. Dan semua happy sambil belajar, maka ilmu masuk mencurah2. We need to give student opportunity to express theirself,

Happy gile dalam 7 minggu yang singkat tu macam2 jadi.Tapi apa yang merapatkan adalah whatsapp group (tq to technology). sometimes, kitorng bercerita benda2 santai dlm group tu selain discuss Fizik

dan sampailah  ke bab abah aku sakit pun diorng tahu flow2 nya dan diorang sngt memahami. (tq:-)

Antara 1 benda yang tk boley lupa adalah eksiden yang berlaku otw gi Alamnda..rosak plan semua. Tapi honestly, kami semua makin close.Banyak sangat hikmahnya, actually..Then  last class, we have a special party ;-). Aku masak spageti special (spageti melayu) haha..

Anyway, pengajarannya.: hargai setiap seorang dalam hidup kita, especially student kita. iA maybe their dua' become a blessing for us :-)

Bak kata Encik Mahathir (Pensyarah Biologi) : " Kalau kita jaga anak orang, Allah akan jaga anak kita, don;t worry :-)

Tuesday, November 20, 2012

evaluation from the student

One thing yang wajib dilalui oley lecturer adalah evaluation by the students
Di penghujung setiap batch, students akn evaluate kita base on soalan yg dah de dlm skema tu. bbrp soalan atas tu pasal subjek yang kita ajar n about 10 questions yg dibawah tu are for the individual; contoh cam punctuality, communication, look forward for her class and so on

Actually benda ni bukanlah menentukan atau dapat menilai sepenuhnya seseorang lecturer, but it plays a part. Students rate kita very subjectives. Ada kala , diaorang jawab soalan tu tergesa-gesa, ada kalanya, sebab kita prnh marah dia tu sekali, ade kala dia rase kita ni terlalu baik,tkley gak,dia rate kite truk gile, ade kala dia minat gile kat kte, semua dia rate tinggi (really??>haha)

Untuk diri aku, aku amik ape yg dari evaluation tu untuk improve diri. (bukan bagus sangat pun mengajar).
Especially bab communication, language and so on la.English ak  makin teruk kot.tapi actually sebab ak tk praktik nak cakap sangat, sebenarnya boley je (tapi A dan N -batch 5 ckp, yg pntg kami faham dan ley jwb soalan miss,+ enjoy ur class)

Tapi,actually yang nak cerita di sini adalah, kepelikan yang terjadi sebab.....batch 5 boley rate aku lagi tinggi dari batch 6.padahal batch 6 ak lebih fokus. Batch 5 gila baru kot mengajar. dengan kelam kabut, serabut semua ada ..hehe

Apa pun, may ALLAH ease my way to improve myself from time to time.

p.s : kecomelan budak2  sem ni yang aku ajar menyebabkan ak rase ak boley lebih kreatif dalam mengajar..harapnye..untuk fizik 1 ni