Ini kisahku...seorang insan kerdil di Bumi ALLAH...yg mengajar satu ilmu sains iaitu Fizik
Saturday, December 10, 2011
Bulan itu bulat
Nabi SAW bersabda "Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis." Gerhana merupakan salah satu tanda kiamat akan berlaku sepertimana yg tdpt dlm surah al-Qiamah, justeru Rasulullah SAW menyeru agar kita banyak berdoa dan bistiqfar dan berada di masjid sms gerhana krn bimbang gerhana tidak akan selesai....
Subhanallah..hebatnya ciptaan ALLAH..Tiada yang cacat celanya..setiap sesuatu ada perkiraannya.
Semangat sangat dapat solat gerhana tadi..best baca status fb kak Wardina safiyyah yg sangat mempromote tentang gerhana bulan ni;
dari fb :
'Solat Gerhana 2 rakaat, yg beza cuma 2 kali rukuk,maknanya lepas rukuk 1st bagun balik baca fatihah & surah and rukuk again lps tu bru sujud'
'Sy doakan pd waktu Mustajab berdoa yg jarang2 berlaku ni, semua doa anda dimakbulkan. Seikhlas hati berdoa, kalau perlu menangis,menagislah!'
'Tak payah 'tengok' gerhana untuk solat..solat je walau tak nampak, peluang mcm ni tak selalu datang!
Yeay! ramai solat gerhana kot bile baca status dia.Hebatnya public figure bila dia mampu gunakan sebaiknya posisi dia.Kak Dina join usrah dan sangat komited.dan membantu artis2 lain yang sedang kembali kepada fitrah mencari jalan pulang seperti : irma hasmie, siti nordiana dan diana amir.
Back to the topic, biase tak dengar, orang cakap 'muka awak cantik macam bulan purnama'.
dan yg sedikit jiwang' walaupun jarak memisahkan kita dan kita berjauhan, tapi kita tetap dapat tengok bulan yg sama kan?'(saper ntah pernah msg ayat cmni zmn sekolah dlu)
Walaupun saintis yg menjejaki bulan mengatakan bahawa bulan tu berlopak2 dan tidak cantik sebenarnya. Sebenarnya, walaupun kita rase sesuatu tak cantik, tapi sebenarnya ia cantik sebab ianya ciptaan ALLAH yang Maha cantik.
Bile kite tengok bulan pun, nampak cantik sangat kan bila bulan tu penuh, so, bile bulan tu mengalami gerhana,fenomena umbra dan penumbra, pasti bulan tu jadi tak cantik macam biasa.Itulah yang menakutkan, jika gerhana berterusan, bermakna dunia akan kiamat.nauzubillah..pasti kita tak bersedia menghadapinya.
Doa dimakbulkan kerana semasa gerhana bulan, ia adalah waktu yang mustajab...waaa....banyak sangat yang saya doa tadi..Moga ALLAH makbulkan. Dan moga anda juga tolong doakan untuk saya..The most thing that i want now..Really hope iA saya akan bertemu dengan 'si dia yg soleh' yang akan menyempurnakan hidup saya dan membawa saya meniti jalan ke syurga. Moga kami saling mempersiapkan diri dan waktunya akan tiba dalam masa yg tepat dan moga kami saling menjaga hati.Serius ni..tolong doa!
Moga kite terus merenungi kejadian alam untuk lebih mengagumi kekuasaan ALLAH.Tunduk dan patuh pada segala perintah-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cantiknya... miss snap ke?
ReplyDeletetak..ambik kat blog orang lain..
ReplyDeletenanti sharing dalam kelas
ReplyDelete