Assalamua'laikum...
nampaknye post terakhir dari blog ni adalah pada November 2013. Dan sesawang-sesawang lama dah dibuang.tinggal skit je. Tak penting siapa yg baca blog nie,tapi yang penting kewujudannya terus wujud, at least untuk si penulis melihat sendiri pengalaman dan kenangan sendiri di suatu masa nanti.
Ape ye cerita kali ni..Tentang gambar di atas..Suatu petang, kami ke cyberpark..kami ramai-ramai..Saya dan anak2 murid sekalian.Usrah gabungan kami. Kombinasi 3 kumpulan. Disitu adenya sedikit sharing.
Selepas baca Mathurat, kami berkongsi cerita hati..'mengapa saya perlukan Tarbiyah"??
Satu point yang pasti aku suka ulang, pada kebanyakan masa halaqah. Sekiranya belajar kita , kerja kita, membuatkan kita jauh dari Allah, lalai dan leka, maka ia Menjadi satu bentuk jahiliyyah yang harus ditinggalkan.
Tak sangka tetiba tu nak menangis pulak, bila ceritakan kepada diorang, pada suatu masa,saya bercerita kepada diorang 2,3 minggu yang lalu, saya sangat2 penat, sampai saya rasa nak menangis . Sampai saya asyk tertidur terus lepas magrib.Pernah terlepas usrah, sampai saya rasa..Betul ke ni ape yang saya buat ni.kerja penat-penat, lepas tu mutabaah amal tak jaga langsung.
Tapi disamping tu, bersyukur sangat-sangat kerana dah lepas dah semua tu. Dalam masa yang sama, untuk Batch 8 ni Allah bagi ilham wujudkan slot-slot baru dalam kelas.Semester lepas KULIM- Kuliah 5 minit dan sem ni lebih lama, KULTUM - Kuliah 7 minit. Satu sessi sharing sebelum kelas yang setiap murid diberi peluang untuk cerita ape2 je diorang nak cerita. Yang pasti, motif utama adalah untuk saling mengingatkan disamping memberi satu impak semangat sebelum mula belajar Fizik.
Memang Osem benda tu kalau pelajar-pelajar anda ambil benda itu serius ., bersedia awal dan betul2 nak sampaikan sesuatu yang membuka mata hari kawan-kawan dia. Karakter -karakter yang selama ni tak nampak, iA akan nampak la jugak.
Sebagai penutup, Kitorng gembira berusrah gabungan, berselfie dan berukhuwah. Keluar dari ruangan pembelajaran dalam kelas ke luar kelas yang lebih rasa terbuka, lapang dan dekat di hati :-)
No comments:
Post a Comment