Thursday, December 1, 2011

Naqibah Saya seorang yang Comel :-) [part 1 ]

Salam a'laik..

Mesti korang rase ntah ape2 je tajuk entry ni..Entry ini sangat dekat untuk mereka yang digelar akhwat (naqibah) tapi ikhwah(naqib) pun boleh baca.
[angkat bakul sendiri ke ape?].erk, maaf ye..(tapi itu memang mutarabbi saya yang cakap, tak paksa pun.hehe)..

Bukan itu yang penting bagi seseorang naqibah (kita bukan selebriti kejar glamer ye ), namun..sejauh mana definisi comel yang boleh difikirkan dari pelbagai sudut.Biase dengarkan 4 peranan seseorang naqib/naqibah?

Dia boleh menjadi
1)ustaz/ustazah -> rujukan ilmu agama
2)bapa/ibu -> menasihati emosi
3)ketua -> memberi pengarahan
4)syeikh-> memberi semangat ruhiyah

Kecomelan itu akan muncul dengan penuh osemnye (pinjam word Encik Gabbana) apabila kita memberikan dan menyediakan seluas hamparan ruang2 yang dipanggil 'Muayashah'(bersembang-sembang).Untuk menjamin halaqah gembira tidak hanya kaku, mati, lesu atau kering, statik. Kita mengambil peranan mengenali diri mutarabbi/anak usrah dari pelbagai sudut, sehinggalah kita mencapai tahap paling comel;-> apabila kita mampu membaca hatinya tanpa bicara dari bibirnya(waa.....). Sebab dah telalu rapat, (bukan setakat kenal nama adik bradik, makanan kegemaran, hobi dsbg) tapi kita boleh trace apa yang bermain di fikirannya.

Diri saya sendiri masih jauh dari itu (sedih). Namun,jom sama2 usaha !!.
Masih teringat kata-kata seorang ikhwah tu, Usrah bermula dengan Tasbih Kifarah dan berakhir dengan Al-Fatihah.
Pernah diceritakan Ikhwah itu bermuayashah dengan hebatnya apabila setiap minggu mesti ziarah seorang anak usrah dan tidur di bilik anak usrahnya (ni kategori student ye).Dia tak kisah macam mane pun perlu travel atau luangkan masa yang panjang untuk jumpa mutarabbi/anak usrahnya.

Lihatlah dengan mata hati....
Bila mana kita mampu mengambil hati mutarabbi , lebih mudah kita 'sampai' ke hatinya, iA..tarbiyah melalui halaqah atau wasilah-wasilah tarbiyah yang lain itu akan lebih manis bagi dia. Pasti dia akan ternanti-nanti nak berjumpa naqibahnya yang comel selalu .dan segala masalah akan dirujuk kepada kita tanpa segan silu.Dan hubungan Hablumminannas antara dia dan kita makin manis, semanis Madu.

So, ape tunggu lagi..Jom bermua'yashah dengan mutarabbi anda!
Amaran: sila lakukan/ praktikalkan secara natural tanpa dibuat-buat.Masing-masing punya cara tersendiri .Tolong jangan tidak ikhlas(walaupun ikhlas sukar dinilai).Jika tidak, buruk padahnya.Anda mungkin akan makin menjauh dari mutarabbi anda

Motto baru : Saya Seorang naqibah yang comel ( cukup2 la perasan ye..erk)


[ jgn percaya sngt 100% luahan2 di atas..]

4 comments: