Tuesday, November 29, 2011

1433H...Lembaran baru..


Moga ALLAH sentiasa merahmati kita..
Dengan udara-Nya, dengan Cinta-Nya kita hidup..
Alhamdulillah, kite di arena baru setelah 1 Muharram 1433H. Betapa payah melangkah. perjalanan 1432 H berlalu begitu pantas. Azam demi azam, dibuat, ade yg dah tercapai, ada yg belum.Namun,apa yang mampu saya katakan dugaan itu membuktikan cinta-Nya..Peluang demi peluang diberi, Hikmah demi hikmah ditelusuri..mematangkan diri dari segenap penjuru yang penuh dengan tarbiyah yang unik

Kadang rasa mahu berhenti dan mendiamkan diri. Namun, cinta-Nya terus memanggil kerana banyak lagi tanggungjawab dan peranan yg belum terlaksana. Andai suatu masa nanti diri dipersoalkan,pastinya jawapan yg sy berikan kepada ALLAH amatlah tidak konkrit.dan tidak akan boleh diterima.

Moga saya mampu memperbaiki diri,meningkatkan iman, menggilap potensi(izzah untuk kembangkan Islam), menahan segala badai untuk terus berlari..Bukan mudah..tapi sy mesti mampu..

Buat anak2 halaqah tersayang, moga Murabbi mu ini mampu menjadikan mutarabbinya insan Rabbani, mampu mentarbiyah dengan akhlak, (biarpun tanpa kata, masih mampu menyentuh hati).Dan menjadi seseorang yang kalian kagumi a.k.a. thiqah(*bukan untuk jadi selebriti)

Moga amanah sebagai pengajar/pendidik di CUCMS mampu dipikul sebaik mungkin,demi redha ALLAH..Biarlah kesabaran semakin meningkat untuk menghadapi mehnah persekitaran.

Moga kepercayaan untuk berada dalam gerabak keretapi dakwah yg bergerak ini, mampu saya lakukan sebaik mungkin demi Redha-Nya.Moga hati terus dipandu-nya di jalan lurus.Moga tidak tersalah memilih jalan/persimpangan

Moga langkah sentiasa optimis, tiada putus asa, tiada gundah gulana biarpun hari tidak seindah yang diharapkan..

* Agak tidak ok, bbrp kejadian berlaku hari ni..terima Kasih ALLAH..Biarpun ia sedikit pahit..:(

No comments:

Post a Comment