Sunday, November 13, 2011

duit owh duit...




Tajuk ni telah lama saya nak tulis, namun baru berkesempatan. Rancang Wang , bebas wang-> Tajuk program yang saya hadiri 2,3 minggu lepas.

Jika wang dijadikan sebagai alat, ia akan memberi manfaat, tetapi jika ia dijadikan matlamat, maka akan memudaratkan.

Surah Al-Imran :92
"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan,sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan,tentang hal itu, sungguh, Allah Maha Mengetahui"

Dimana-mana sekarang, kite akan dengar perbualan yang dengan rancaknya tentang bagaimana nak jadi kaya, pelaburan, beli tanah, beli rumah..All is about money. Tidak mustahil ada yang sanggup wat pinjaman melebihi kemampuan.Kadang2 terfikir di minda, adakah duit,duit,duit sahaja yang difikirkan sentiasa.Setiap bulan terpaksa berlapar/ buat pelbagai kerja sambilan semata2 untuk membeli sesuatu di luar kemampuan (tp masih anggap mampu kononnya). Untuk membeli aset2 (yang dikatakan harganye akan melambung berpuluh tahun nanti). Maka sebab itulah 41 belia muflis setiap hari.

Saya tidak menyalahkan atau menafikan mane2 pihak.perancangan untuk mempunyai kewangan yang stabil, hidup yang menjamin dari sudut perbelanjaan juga penting. Tapi janganlah sampai kewajipan2 kita sebagai hamba ALLAH terabai.Janganlah sampai kite membunuh diri sendiri secara senyap dengan sibuk berfikir nak menjadi jutawan.Seluruh masa dikorbankan untuk mencari kekayaan.

Cuma, sebagai Dai'e ..Please change your mindset about money. Tujuan ape sebenarnye kite nak jadi kaya, untuk hari tua? untuk anak2 kite kelak? atau untuk kita bergaya dan bermewah2.? Apa yg penting adalah, kita nak kaya yang memadai untuk bahagia.Kaya di hati (disamping kaya wang ringgit). Kaya untuk kita menginfakkan harta di jalan ALLAH, untk menyokong dan menyumbang kepada program2 islam.Jika anda menjenguk majmuk Rasail-> Bab: Halatuju Dakwah kita:-. Pakcik2 Ikhwanul Muslimin, Pendapatan mereka tidak seberapa, tapi mereka berjaya tubuhkan sebuah gagasan yang gah amat menyinar sampai hari ini ke serata dunia.Bagaimana?.Mereka mengorbankan seluruh pendapatan dari kerja mereka semata2 untuk dakwah.Allah permudahkan mereka, walaupun kelihatan pada awalnya agak mustahil.

Maka, fikirlah...
Matlamat perlu diletakkan dalam hidup (matlamat kewangan), perlu ada target membayar pinjaman,terutamanya bagi perkara-perkara yang wajib kita beli(seperti kereta..dll)Dan penting juga pelaburan (yg menepati syariah)supaya kita mempunyai simpanan2 selain dalam bank. Takaful nyawa juga penting (paling tak,orang2 yg hubungan rapat dengan kita, mampu untuk teruskan hidup walaupun kita tiada)

Tapi, jangan pernah lupa....
Target dan perancangan untuk pergi menunaikan Haji juga perlu dibuat seawal mungkin.Dari umur kanak2 lagi.Menyimpan setiap bulan untuk dimasukkan ke tabung haji. Rancang untuk menunaikan haji di usia muda. di waktu badan kita masih sihat dan cergas. 'haji bukan untuk orang tua"!

Apapun, belajar dan terus belajar merancang kewangan. Walaupun anda masih belum bekerja(itu lebih baik sebenarnya)kerana anda telah membuat persiapan awal.

Apapun,wang itu adalah alat yang penting.Dan jom jadi kaya-> 'kaya hati'dan kaya wang juga:-).Pastikan ia tidak jadi matlamat.

ingatlah Firman Allah dalam Surah At-Taubah:111
"Sesungguhnya ALLAH membeli dari orang-orang mukmin,baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"

p/s:saya dah daftar haji.anda bila lagi?sekiranya mampu,saya akan kumpulkan budget haji tu secepat mungkin, 5-7 thn (wlpn dapat giliran untuk pergi pada tahun 2042..huhu)

No comments:

Post a Comment