Saturday, November 12, 2011

meet the parents session..


Hari ni agak letih juga.Di hari sabtu terpaksa bekerja..Tapi satu kegembiraan, bila bertemu dengan ibu bapa pelajar-Pelajar saya..sesi ni mmg nampak macam zaman sekolah.Tapi bagi saya, ia amat bermakna..terutamanya sebab kami adalah institusi swasta..Ibu bapa dan pelajar adalah pelanggan kami.

Namun, antara pengajaran yang saya dapat, ..saya agak terharu melihatkan ibu bapa yang sangat betul2 serius nak yang terbaik untuk anak2.Bukan sedikit wang ringgit dilaburkan (especially yg mmg bukan di bawah sponsor) dan amat besarlah harapan mereka.Tapi apabila anak2 tidak menyedarinya/sambil lewa, pasti diorng begitu kecewa.

Dan sesi ini juga mengajarkan bahawa sebagai seorang pendakwah, teknik komunikasi berkesan itu penting-> komunikasi yg pelbagai bentuk dapat menelusuri pelbagai lapisan masyarakat. Dakwah kite bukan dakwah IPT sahaja, bukan untuk cendekiawan sahaja.Tapi juga seluruh kategori masyarakat.Seriously, saya adalah kategori pemalu jugak orngnye (tp lama2 tk jugak),lama-lama saya belajar teknik komunikasi.saya join bbrp program, belajar dari pakck makck dan orang2 hebat.So, alhamdulillah, sy cuba menjadi pemotivasi terbaik td, saya cuba yang terbaik, keluarkan kata-kata hikmah.Walau teruk macamne pun keputusan pelajar saya, saya kna juga memberikan kata2 positif. Dan cuba menenangkan ibu bapa supaya tidak risau keterlaluan.Mereka masih boleh berusaha yang terbaik, masih ada masa selagi mereka mahu.Tapi mereka perlulah bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan itu.perlu berkorban mengabaikan keseronokan2 yang selalu disukai remaja,fokus, pandai mengurus masa, study smart.

Paling tak boleh lupa, saya jumpa ibu bapa yg juga orang taiping.(mereka berbangsa Singh)...Seronok betul bersembang panjang, dan mereka mudah merasa mesra dengan saya.
Dan dia tahu rumah saya kat mne(rupanya pakcik tu menguruskan projek sekolah agama rakyat) di taman kamunting jaya.


Mungkin ini juga salah satu peluang medan dakwah terbaik, seperti melalui akhlak yang sepatutnya menyenangkan orang yang bersembang dengan kite.Seperti contoh Rasullullah,amatlah memikat sesiapa jua. (tp sy mmg jauh la lagi dari itu, tp sy sntiasa mencuba yg terbaik)

Dan IA..tanggungjawab sebagai pensyarah dan pendidik ini akan saya pikul dengan sebaik mungkin.Bukan sahaja menyampaikan pelajaran fizik, saya juga mahu mampu mengajar "hati dan jiwa" mereka.Dan mereka mudah didekati dan difahami sebenarnya apabila kite rapat dengan mereka.Maklumlah jiwa remaja.


p/s : saya tk tahu apa sy tulis.sy ngantuk..sy ada lagi 3 tajuk bakal menyusul di post2 akan datang:-)..sabar ye ( tidak berjaya update selalu..masa oh..masa)

No comments:

Post a Comment