Tuesday, December 13, 2011

Last kelas fizik 1-2011

[chapter 11]


[chapter 10]

[chapter 9]

[chapter 8]

[chapter 7]

Ok, alhamdulillah, tadi dah tamat kelas fizik 1, sy rase ntah ape2 je..But at least; saya berusaha gigih (setakat yg saya mampu, sbb saya penat) untuk bagi notes just for my student -> INSTANT REVISION NOTES dan Kismis comey (harap anda terang hati makan kismis)..IA ..ada jodoh, jumpa di Fizik 2.lebih killer (haha)



[souvenier comey untuk semua-> makan kismis makin cerdik..hehe]

p/s : Saya memang suka buat short note/mind map sejak zaman sekolah..warna warni lagi..kawan2 kelas/kuliah selalu fotostat..harap dapat bantu diorang.Tapi kalo buat sendiri lagi bagus..lebih faham

Saturday, December 10, 2011

Bulan itu bulat


Nabi SAW bersabda "Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis." Gerhana merupakan salah satu tanda kiamat akan berlaku sepertimana yg tdpt dlm surah al-Qiamah, justeru Rasulullah SAW menyeru agar kita banyak berdoa dan bistiqfar dan berada di masjid sms gerhana krn bimbang gerhana tidak akan selesai....

Subhanallah..hebatnya ciptaan ALLAH..Tiada yang cacat celanya..setiap sesuatu ada perkiraannya.

Semangat sangat dapat solat gerhana tadi..best baca status fb kak Wardina safiyyah yg sangat mempromote tentang gerhana bulan ni;
dari fb :
'Solat Gerhana 2 rakaat, yg beza cuma 2 kali rukuk,maknanya lepas rukuk 1st bagun balik baca fatihah & surah and rukuk again lps tu bru sujud'

'Sy doakan pd waktu Mustajab berdoa yg jarang2 berlaku ni, semua doa anda dimakbulkan. Seikhlas hati berdoa, kalau perlu menangis,menagislah!'

'Tak payah 'tengok' gerhana untuk solat..solat je walau tak nampak, peluang mcm ni tak selalu datang!


Yeay! ramai solat gerhana kot bile baca status dia.Hebatnya public figure bila dia mampu gunakan sebaiknya posisi dia.Kak Dina join usrah dan sangat komited.dan membantu artis2 lain yang sedang kembali kepada fitrah mencari jalan pulang seperti : irma hasmie, siti nordiana dan diana amir.

Back to the topic, biase tak dengar, orang cakap 'muka awak cantik macam bulan purnama'.
dan yg sedikit jiwang' walaupun jarak memisahkan kita dan kita berjauhan, tapi kita tetap dapat tengok bulan yg sama kan?'(saper ntah pernah msg ayat cmni zmn sekolah dlu)

Walaupun saintis yg menjejaki bulan mengatakan bahawa bulan tu berlopak2 dan tidak cantik sebenarnya. Sebenarnya, walaupun kita rase sesuatu tak cantik, tapi sebenarnya ia cantik sebab ianya ciptaan ALLAH yang Maha cantik.

Bile kite tengok bulan pun, nampak cantik sangat kan bila bulan tu penuh, so, bile bulan tu mengalami gerhana,fenomena umbra dan penumbra, pasti bulan tu jadi tak cantik macam biasa.Itulah yang menakutkan, jika gerhana berterusan, bermakna dunia akan kiamat.nauzubillah..pasti kita tak bersedia menghadapinya.

Doa dimakbulkan kerana semasa gerhana bulan, ia adalah waktu yang mustajab...waaa....banyak sangat yang saya doa tadi..Moga ALLAH makbulkan. Dan moga anda juga tolong doakan untuk saya..The most thing that i want now..Really hope iA saya akan bertemu dengan 'si dia yg soleh' yang akan menyempurnakan hidup saya dan membawa saya meniti jalan ke syurga. Moga kami saling mempersiapkan diri dan waktunya akan tiba dalam masa yg tepat dan moga kami saling menjaga hati.Serius ni..tolong doa!

Moga kite terus merenungi kejadian alam untuk lebih mengagumi kekuasaan ALLAH.Tunduk dan patuh pada segala perintah-Nya.

Friday, December 9, 2011

undefine lecturer


ok..saya nak citer tentang kerja saya (actually its a part of tarbiyah). Saya merajuk ngan student saya. Siapa suruh tk datang kuiz, kenapa datang lambat.Dan kemudian percaya fakta dari orang lain..(tp bukan 100% salah diorang). Saya tak marah pun, cuma geram skit jer..So, saya menyorok dan jumpa diorang setelah kemarahan reda skit. [setelah itu, barulah saya tertanya-tanya; "argh, apasal saya tk ley jadi garang depan diorang ni, saya pulak rasa bersalah"-> ok, saya concludekan masa tu, saya tk marah pun diorang, tapi ape attitude yang diorang sedang cuba lakukan itu masih tidak baik, [ponteng kelas, walaupun itu bukan time saya ajar]

SO, Saya terjumpa cerita saya di tahun lepas...

just nak share ape yg terjadi di kelas td..



untuk budak Foundy july 2010..ni first tyme naik suara skit ngn budak 5C..

Baru je nk start kelas..masuk2 tgk ramai tgh buat keje lain.buat lab report la n so on..ngn ade yg bukak laptop nye...

so, ak pun ckp la..(dgn nada suara biasa)..' i will wait until you finish your work, we are not going to start' ..ayat perli sbnrnye..n budak2 yg dok depan still continue buat lab report. tmbh rancak adalah..agaknye diorg ingt ak dengan baik hatinye nk bg masa tgk diorg wat keje.



after 10 minutes, ade sorang budak lelaki bersuara " miss, sy rase dah boleh mula".ak jawab.."sy tknk mula lagi sbb ade org tgh wat keje lain lagi"...'ok, kite mula lmbt, habis lmbt'...baru diorg kemas keje lain.



n then baru kelas mula...n mcm biasa , ayat org tk reti nk marah (ntah ye, ngn student ni, mula2 dah aim nk garang, tp tk jadi)..so, ak pun bg la ayat lembut tp tajam skit..'its about respect, you have to respect people who teach you, stand in front of the class, even she/ him give you a little knowledge..bukan suka2 sape nak dgrley dengar, sape tk nk dgr wat la keje lain pun..even though you think you can learn it by yourself or you don't like her/him, but that people have try her best to give you knowledge that you cannot find by yourself..without respect that lecturer, you will not get the blessing'...



pastu baru ok..bagi latihan n open discussion untuk bincng jwpn, ramai yg take part..

kelakar pun ade..bila pk, setiap hari kena mula class dengan motivational talk..kalo tak..

pastu ok jer..bila neutralkn balik mood2 'sound' diorg dengan buat lawak..



sepatutnya mengajar bukan sahaja kita menyampaikan ilmu pelajaran yg kita ada/dr buku. tp kita perlu mendidik attitude pelajar.kalo stakat cemerlang akademik..tk cukup..tambah2 plak bakal2 dr..

Perlu diterapkan effective domain kat diorg..n(pengalaman seposen dr org yg tk de basic pendidikan pun, main hentam jer)

p/s : ok, miss akan jadi lebih matang dan improve untuk mendidik kamu wahai anak murid..

Thursday, December 8, 2011

DULU....

Dulu

Saya seorang yang garang...
Saya seorang yang kurang sabar...
Saya seorang yang malas...
Saya seorang yang suka buang masa...
Saya seorang yang tidak tersusun kerjanya..
Saya seorang yang malas membaca..
Saya seorang yang tidak ambil peduli hal orang lain...


Tapi kini TARBIYAH mengajarkan saya...

Saya masih sedikit garang (tp bertempat la)
Saya lebih bersabar...
Saya cuba manfaatkan masa...
Saya makin tersusun kerjanya..
Saya perlu rajin membaca...
Saya perlu ambil peduli hal orang lain..(demi kemaslahatan ummah)


p/s : nanti saya tulis lagi...malasnye buat waktu ni.

Saturday, December 3, 2011

InsyaAllah

Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.

Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.

Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.



Sumber: http://akuislam.com

Friday, December 2, 2011

'Saya dapat isteri solehah?'

Sebuah cerita di pagi jumaat - 2/12/2011

Pagi-pagi jumaat ada kelas pada pukul 8 pg agak meletihkan, tapi saya cuba perform sebaik mungkin.Kelas tutorial fizik. Student yang kena buat soalan kat depan dan explain kepada rakan2..Saya hanya guide mana yang perlu.Tapi of course la saya kena study dulu setiap soalan supaya student tak terbabas.

Hari ni memang rezeki anak2 murid saya, dengan penuh dedikasinya(ewah), miss telah buatkan breakfast untuk mereka . Berpagi-pagian la saya hari ni. 7.30 pagi dah kna bertolak dari bangi. Nak buat nasi lemak, tak larat, so, saya pun buat roti telur.Nyum2..

Masa tengah2 budak2 buat soalan, saya keluar kejap ke kereta. Malu2 nak bagi sebab tak tahu nak cakap macam mane (boley pulak malu2). So, saya pun bukak bekas roti tu dan cakap, sape nak, amik la..diaorang pun pas2...'sedapnye miss' [ biar betul, roti je kot, tapi dijampi2..hehe]

Sampaila di akhir kelas. Saya tengok dalam bekas tu ade sekeping lagi. Saya pun cakap " cepat2..abiskan'..tetiba, sorang student lelaki amik roti tu..Saya pun cakap " baru nak suruh budak perempuan amik, nak cakap kat diorang, nant sape abeskan yang last tu dapat suami soleh'. Tapi disebabkan awak yang ambil, saya cakap jugaklah..iA awak akan dapat isteri solehah nanti"..dia pun balas balik.." Saya , akan dapat isteri solehah? amin..saya nak isteri pakai tudung labuh ni..."
dia pun berlalu dengan tersenyum gembira sementara saya amik balik tupperware saya

Erk...-> amiin jela..-> saper2 pun memang nak jadi isteri solehah kepada suami yang soleh..

[ bekas tupperware yang dah kosong, sorang makan lebih dari satu
sbb ade 15 orang je]

Thursday, December 1, 2011

Naqibah Saya seorang yang Comel :-) [part 1 ]

Salam a'laik..

Mesti korang rase ntah ape2 je tajuk entry ni..Entry ini sangat dekat untuk mereka yang digelar akhwat (naqibah) tapi ikhwah(naqib) pun boleh baca.
[angkat bakul sendiri ke ape?].erk, maaf ye..(tapi itu memang mutarabbi saya yang cakap, tak paksa pun.hehe)..

Bukan itu yang penting bagi seseorang naqibah (kita bukan selebriti kejar glamer ye ), namun..sejauh mana definisi comel yang boleh difikirkan dari pelbagai sudut.Biase dengarkan 4 peranan seseorang naqib/naqibah?

Dia boleh menjadi
1)ustaz/ustazah -> rujukan ilmu agama
2)bapa/ibu -> menasihati emosi
3)ketua -> memberi pengarahan
4)syeikh-> memberi semangat ruhiyah

Kecomelan itu akan muncul dengan penuh osemnye (pinjam word Encik Gabbana) apabila kita memberikan dan menyediakan seluas hamparan ruang2 yang dipanggil 'Muayashah'(bersembang-sembang).Untuk menjamin halaqah gembira tidak hanya kaku, mati, lesu atau kering, statik. Kita mengambil peranan mengenali diri mutarabbi/anak usrah dari pelbagai sudut, sehinggalah kita mencapai tahap paling comel;-> apabila kita mampu membaca hatinya tanpa bicara dari bibirnya(waa.....). Sebab dah telalu rapat, (bukan setakat kenal nama adik bradik, makanan kegemaran, hobi dsbg) tapi kita boleh trace apa yang bermain di fikirannya.

Diri saya sendiri masih jauh dari itu (sedih). Namun,jom sama2 usaha !!.
Masih teringat kata-kata seorang ikhwah tu, Usrah bermula dengan Tasbih Kifarah dan berakhir dengan Al-Fatihah.
Pernah diceritakan Ikhwah itu bermuayashah dengan hebatnya apabila setiap minggu mesti ziarah seorang anak usrah dan tidur di bilik anak usrahnya (ni kategori student ye).Dia tak kisah macam mane pun perlu travel atau luangkan masa yang panjang untuk jumpa mutarabbi/anak usrahnya.

Lihatlah dengan mata hati....
Bila mana kita mampu mengambil hati mutarabbi , lebih mudah kita 'sampai' ke hatinya, iA..tarbiyah melalui halaqah atau wasilah-wasilah tarbiyah yang lain itu akan lebih manis bagi dia. Pasti dia akan ternanti-nanti nak berjumpa naqibahnya yang comel selalu .dan segala masalah akan dirujuk kepada kita tanpa segan silu.Dan hubungan Hablumminannas antara dia dan kita makin manis, semanis Madu.

So, ape tunggu lagi..Jom bermua'yashah dengan mutarabbi anda!
Amaran: sila lakukan/ praktikalkan secara natural tanpa dibuat-buat.Masing-masing punya cara tersendiri .Tolong jangan tidak ikhlas(walaupun ikhlas sukar dinilai).Jika tidak, buruk padahnya.Anda mungkin akan makin menjauh dari mutarabbi anda

Motto baru : Saya Seorang naqibah yang comel ( cukup2 la perasan ye..erk)


[ jgn percaya sngt 100% luahan2 di atas..]